Monday, 21 October 2013

KEMAHIRAN MEMBACA



 PERINGKAT PEMAHAMAN

Terdapat beberapa peringkat pemahaman dalam kemahiran membaca ini. Peringkat tersebut adalah seperti yang berikut :

1. Mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.
2. mengaitkan lambang atau perkataan tersebut dengan bunyi atau makna.
3. Menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkan dengan maklumat yang sedia ada dalam pemikiran.
4. mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang lengkap.
5. Menghuraikan dan mengelaskan idea yang dibaca dalam bentuk penceritaan semula, menjawab soalan pemahaman dan penulisan biasa dan penulisan kreatif.

CARA MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA.

Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar.

a. Membaca dengan nada yang kuat dan menegaskan penyebutan, intonasi yang betul, dan lancar.
b. Membaca secara senyap dan pantas untuk memahami fakta, idea, isi penting, nilai pengajaran, tema, dan rumusan yang terkandung dalam pelbagai bahan bacaan.
c. Mencari erti atau maksud perkataan, frasa, simpulan bahasa, dan peribahasa yang wujud dalam sesuatu petikan.
d. Menjawab soalan sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis untuk menguji
kebolehan mengerti dengan menggunakan perkataan sendiri.
e. Memberi tugasan kepada pelajar untuk membaca petikan (sama ada daripada akhbar, novel, cerpen, majalah, dan sebagainya) dan membuat ulasan untuk menunjukkan pemahamannya ke atas petikan tersebut.
f. Membaca petikan kesusasteraan Melayu (prosa dan puisi) untuk memahami dan menghayati keindahannya.

PRINSIP-PRINSIP KEMAHIRAN MEMBACA.

Kegiatan membaca dan kefahaman haruslah dijalankan berasaskan prinsip berikut:

a. Penyebutan dan intonasi haruslah diberi penegasan yang wajar dalam latihan membaca dengan bersuara, dan melibatkan pelajar dalam pengenalpastian dan pembetulan kesalahan.
b. Dalam latihan perbendaharaan kata, petikan berkenaan hanya digunakan sebagai konteks sahaja, dan contoh-contoh patutlah dilanjutkan ke luar petikan. Penekanan yang wajar mestilah diberi kepada penggunaan perkataan/frasa dalam ayat yang betul selain penentuan erti/maksudnya.
c. Bacaan tambahan Bahasa Malaysia harus digalakkan dengan memperkenalkan sumber lain seperti surat khabar, majalah, novel, cerpen, dan sebagainya kepada pelajar. Guru juga boleh memperuntukkan satu masa khas untuk tujuan di atas dalam setiap minggu. Pelajar didorong untuk mencatatkan perkataan/frasa baru yang dipelajari dalam kamus sendiri.
d. Untuk mengelakkan aktiviti bacaan dan kefahaman menjadi sesuatu yang membosankan, isu-isu semasa dan topik-topik hangat juga harus dijadikan bahan bacaan.
e. Latihan penggunaan kamus dengan cekap untuk mencari erti atau penggunaan perkataan tertentu harus dititik berat.
f. Soalan kefahaman mestilah juga menguji kebolehan pelajar untuk merumus, menganalisis dan menilai dan boleh mengaitkan sesuatu di luar petikan misalnya memerlukan pelajar mengemukakan pandangan terhadap sesuatu

No comments:

Post a Comment